ikan LAGA

Sunday, May 30, 2010



huhuhuh....cantek x ikan nih...hehhee...sebenarnya ikan nih aku tolong jaga ja...tuan dia balik s.alam....aku saja ja p jalan2 tadik..p greentown mall...pastuh p lah kedai ikan kat GM tuh...pastuh jumpa ikan laga yang betina nya...LIPID ( http://xhilmi.blogspot.com )hasut soh beli lahhh...hehehe...bukan hasut...saja ja...kiranya menggalakkan lah...dia pon beli sek0r...pastu...lepas beli...p tgk balang nakletak ikan lakk...aku berkenan yang nih lah...RM30 hinggit...satu lagi yang plastik...murah sket...aku beli yg nih dapat satu set...semua sekali termasuk pasir, pokok, makanan, clorin...yg nih kaca...tuh yang nampak lawa sket....heheh...sebelum tuh kami p tgk kat kedai lain dulu...cari balang...kot2 ada yang murah + lawa....p cari 2,3 kedai juga lahh...xjumpa r...



last2...p balik GM beli balang nih r...xtunggu dah...dalam dok p cari balang...LIPID dan capai sekor ikan laga juga...dia beli yg warna biru..jantan lah..sebab dia ada betina nya....aku pon beli lagi sekor ikan laga...betina juga...saja beli...boleh buat benih nanti...tu kalau aku jaga sampai hidup r...hehehe...Insya-Allah aku jaga sampai hidup... tuan punya ikan jangan risau ek...saya akan jaga macam saya jaga awak...3x bagi makan...hihhihii....

Saturday, May 29, 2010

heheheh...cuba korang teka...aku beli dari mana....ha...!! aku beli dari body shop kat JJ...depa buat less...50%..kira beli sati percuma 1...harga sebotol rm50... so dua botol rm100...depa bagi less 50%, so jadi rm50 lah...sama juga dgn beli 1 PERCUMA 1...hehehe...korang paham x...kalau xpaham..buat2 paham je lah...hihhihhi...

aku pon xbesa pakai minyak wangi jenis ni...LIPID yang ajaq aku pakai...sebelum nih aku dok p0w yang dia nya ja...tapi bukan jenis ni lah...jenis OCEAN nya...yg warna biru kehijauan...saja nak try...sebab yg ocean tuh memang wangi r...alang2 buat less...beli ja lah...kongsi dgn lipid...

yang nih jenis Mandarin Orchid...baunya wangi juga..boleh tahan...tapi aku suka yg ocean...saja nak try yg nih plakk..
lepas nih boleh guna untuk farewell dinner aku lah ngan utk cinvo ke...kuaq jalan2 dengan awek ke...hehehe...of course lah..baru wangi nanti...sebelum nih aku wangi juga rr...saja nak lebih wangi...hihhihih...

nanti korang try tgk...kalau sapa2 yang besa guna minyak wangi ni...bagi pendapat wangi ke tak?...nanti boleh beli lagi...hehehe...kena tunggu duit juga lah..ni pon nasib ada duit baki elaun lagi..sementara duit ada lagi..beli dulu lah..nanti duit xdak susah plakk..tapi aku berpikir juga dalam nak membeli nih...aku pikir untuk nak guna masa akan datang nanti...(hujung bulan rrr...) nanti makan pasiaq berulamkan rumput dan berlaukkan kayu...korang nak tak?hahahaha....aku xnak..sebab tuh kita perlu berpikir kehadapan...tunggu dulu...bila ada duit baki baru enjoy sket...biaq kita enjoy lewat2 pon xpa...hehehe...

C0ming s00n...

Friday, May 28, 2010


aku xsabaq nak tunggu cita nih...bez rrr.....aku ada paste kat bawah nih sinopsis dia...korang baca r...cita nih kuaq 7/7/2010...jom kita sama tonton cita nih nanti...

Predators (2010)

Starring: Adrien Brody, Alice Braga, Danny Trejo, Walton Goggins, Oleg Taktarov, Mahershalalhashbaz Ali, Louiz Ozawa

Director: Nimrod Antal


U.S. Opening Date: July 7, 2010


THEY SAY

Predators, a bold new chapter in the Predator universe, shot under the creative auspices of Robert Rodriguez, stars Adrien Brody as Royce, a mercenary who reluctantly leads a group of elite warriors who come to realize they’ve been brought together on an alien planet . . . as prey. With the notable exception of a disgraced physician, they are all cold-blooded killers – mercenaries, Yakuza, convicts, death squad members – human “predators” that are now being systemically hunted and eliminated by a new breed of alien predators.

yang nih lagi satu cita aku tunggu...bez juga...cita nih genre FIGHTING...pelakon popular ada juga...

nih ada sinopsis sket tentang cita nih...

Will Smith's son Jaden Smith stars in this updated version of the 1980's film that starred Ralph Macchio and Pat Morita.

While the new film will be set in Beijing, China, it will borrow elements of the original plot, wherein a bullied youth learns to stand up for himself with the help of an eccentric mentor.

Jaden Smith's character moves to Beijing with his mother, where he encounters a bully situation similar to Macchio's in his new locale. Smith's character will be named Dre instead of Daniel, and take lessons from Chinese martial arts master Mr. Han, played by Jackie Chan.

Whereas Daniel Larusso and his mother faced a regional move across the United States in the the first film, the producers say the script will escalate language barrier conflicts and an international collision of world views into the bully-victim-turned-martial-artist tale.


nak tau cita sampai habis...kena tunggu 11 JUN 2010 ni lah...kita tgk sampai habis...

Prince of Persia...


Semalam aku tgk cita ni...tgk kat JJ, TGV Kinta... waahh...best giler citer nih...cita nih di adaptasi dari Game. Cita nih juga dari syarikat Walt Disney Pictures dan dari pengarah filem Armageddon dan Pirates of the Caribbean, Jerry Bruckheimer....

Citer nih tentang adventure kalau game tuh jenis macam RPG r...xpa..biaq aku cita sket ekk...cita nih tentang perebutan kuasa untuk menjadi raja.. her0 cita nih bukan lah dari keturunan raja...dia hanya seorang rakyat biasa yang di temui oleh raja persia waktu itu...dan dia tertarik dengan her0 nih lalu jadikannya anak angkat...dan raja nih juga ada 2 org anak lelaki...nak di jadikan cerita, mereka ingin menyerang kota alamut kot...aku pon x ingat r...depa nak serang sebab kerajaan kota tuh menjual senjata kepada kerajaan lain...kalau x silap aku lah...aku xdan nak baca sgt..cepat sgt depa cakap...aku dah lah xpaham sgt org puteh nih...hhehehe...pastu..depa pon serang dan hero telah mendapat sebilah pisau yang misteri...bermula dari situlah bermulanya pengembaraan hero untuk menuntut bela atas kematian ayahnya...siapa pembunuh ayahnya...abg nya ka? pakciknya ka? berjaya kah dia menuntut bela atas kematian ayahnya...
hahahahaa......kalau korang nak tau..tgk lah sendiri cita nih...nanti xsurprise plakk...tapi bagi aku citer nih memang best r...kira puas ati...kalau 1-10...aku boleh bagi 8....apa pon...tontonlah cita nih...baru korang puas ati...

Mata Kail

Ha...ni lah salah sekor angsa aku...yang nih jantan....yang betina ada dalam pagar...yang aku bulat tuh lah kena mata kail...dia dapat hadiah nih waktu berenang kat kolam belakang umah aku...dalam tuh ada mata kail yang terputus...dengan buluh pon ada juga...pastuh, dia berenang dalam tuh...nasib dia lah...dapat mata kail...kira kuat juga r binatang nih rentap tali kail sampai putus...weii...aku xpancing angsa r waktu nih...memang mata kail nih ada dalam kolam nih...yang lamanya...hehehhee....ari tuh aku t0l0ng ayah aku buang mata kail nih r...jenoh menjerit mengerang dan menahan kesakitan...hihihihih...

1 Malaysia


Wajah2 satu Malaysia...Semua ada....aku xtau nak buat apa sebenarnya...gambar ni aku ambik selepas tolong ayah aku selamatkan kaki angsa aku yang terkena mata kail...aku rasa lama juga lah dia terjengket2...dok senyap ja...mana xnya...selalunya...dia lah yang dok nising...ari tuh ayah aku heran...awat senyap ja...sekor ja (pasangannya) yang bunyi...tgk2 yang jantan nih dok diam ja...aku rasa menahan kesakitan kot...xpa...satgi aku upload pic yang kena mata kail...

LELAKI YG HEBAT!!

Monday, May 24, 2010

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil
dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang
anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan
sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang
setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik
pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling
bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku
bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita
bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku
dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang
dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah
hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya
kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku
atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya
ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam
keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan
keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap
suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

LELAKI CANTIK, PEREMPUAN GAGAH

Friday, May 7, 2010

    Kecantikan Lelaki
    Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
    tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
    1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
    2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
    3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
    4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
    5) Lelaki yang baik sangka
    6) Lelaki yang tak pernah putus asa
    Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
    Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah
    kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
    Kegagahan Wanita
    Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
    badan,tetapi pada Kekuatan perasaan.
    Perempuan yang gagah,adalah:-
    1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
    2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
    3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
    ditinggalkan
    4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi
    segala keinginan.
    Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
    Seluruh kegagahan yang Ada pada Khadijah adalah
    kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
    Sabda Rasulullah SAW :
    "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah
    Al-Ahzab : Ayat 71
    "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
    mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
    mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia
    telah mendapat kemenangan yang besar."
    Wallahualam

exam...exam...

ermm....esok aku da paper Kecemasan....lusa paper Family plak....aku xsuka r paper family...tak suka....tak suka...!!!
tapi nak wat cam mana...kena jawab juga lah....tapi nasib baik aku dah prepare awal sket....awal sket lah...dua hari sebelum exam...hahahahah....

tapi xpa....nak kena ingat balik ja....nak kena brainwash sket ja...baru berkilat sket....apa pon..aku doa kan kawan2 aku boleh jawab exam kali nih...sama2 lulus dengan cemerlang...sama2 boleh Konvo....korang pon doa kan aku supaya boleh lulus dengan cemerlang ekkk...amin...

Kisah Batu & Pasir

Tuesday, May 4, 2010

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka"


barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia
mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk."
rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu


barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah
balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka


barisan ke-4
: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari
mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
datang dari sumber yg halal.


barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka


barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari
badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


barisan ke-8
:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah &
kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya


barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan
purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

Aduh..

Monday, May 3, 2010

erm..penat giler aku ari ni...lama dah xmain badminton....tadi aku p men badmiton...dengan kawan2...aku bukannya terror men sgt pon...setakat pemilihan piala thomas tuh lepas lah...tapi depa xnak pilih aku...sebab aku tolak...nak study dulu...hhahahahaha.....

memang penat 'cauw'..'cauw'... gilerr....bayagkan...100PLUS botol kecik...aku boleh minum sampai habis dengan beberapa teguk ja....memang dahaga giler....kami men 2 jam...tapi tukar2 lah...mana nak larat men 2 jam straight.....huhuuh....

lepas men...kami balik kolej...pastuh aku tgk depa men bola tampaq plakk...ermm...apa lagik...aku cukup pantang kalau tgk ada org men bola tampaq....aku pon j0in sekaki r....hehehe..penat tadik...hilang terus...hehehehe...bila azan ja...kami pon berhenti r men...maghrib dah 000iiii..xkan nak men lagik...pastuh....aku pon nek bilik...dok rehat2...pastuh mandi n solat...then...apa lagik...aku tulis bl0g ni lah....heheheheheh

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

RM3

Aku xbawa duit rr....aduh...macam mana ni...aku duduk dah hampir sejam...sekupang pon aku xbawa...nak bayaq cam mana...huhuuuh....

erm...ha...tipon muhsen rr...nasib baik dia ada...hahahhaa....aku xbawa duit rupanya p cc...aku xsedaq pon...duit aku, aku boh dalam beg galas kecik aku...biasanya aku bawa...tapi macam mana ntah...aku terlupa nak bawa...

nasib lah muhsen ada....aku pon tipon muhsen soh dia datang r...kebetulan dia baru balik dari jumpa awek dia...then, dia xmasuk kolej lagi....tgk bola kat Ibrahim....dalam beberapa puluh minit, muhsen pon sampai r...dia bagi kat aku RM3...boleh lah aku bayaq...

korang jangan jadi macam aku tau....jadi pelupa....hahahahha...Masya-Allah...

Siap jugak akhirnya...

Sunday, May 2, 2010



setelah 2 semester aku lalui...akhirnya siap jugak research aku....korang bayangkanlah mula2 aku nak buat...fuhhh...bukan main c0py paste lagi...maklumlha...aku mana pernah buat research selama nih....tup..tup...kena buat research...bukan aku s0rang, semua kump aku kena buat...maklumlah... ' untuk memenuhi syarat kelulusan Diploma Pembantu Perubatan'.. huhhuhu...

mula2, besalah...plagiad gila2 lah...syarat ja...janji cikgu tanya dah siap ka...jawab dia...dah ja lah...hehhe...pastuh aku jumpak cikgu aku...kiranya penyelia aku lah...penyelia aku p0mpuan... Pn........xboleh bagi tau lah...privacy...heheheh...pastuh...aku mintak pandangan dia...tanya nuuu....tanya nii....then aku tukaq semua...dari plagiad aku buat sendiri...baru ada kepuasan bila buat sendiri....tapi ada juga yang aku c0py paste...yg lebih kurang tuh...aku c0py paste ja...bukan xtau buat...maleh nak pikior....lagi plakk...sama ja...

sem 5 kami kena buat sampai bab 3...pastuh kena edar s0klan...pastuh bila nak sem 6...baru buat analisa data n perbincangan...bab ni lah yang penin kepala nak buat...macam2 kena edit...kena ikut format...sakit kepala aku...maklumlah last p0sting aku dekat ja...lagi plakk p0sting yang senang n relax sket...kesihatan sekolah n kesihatan alam sekitar ja...dapat lah time jumpak penyelia tanya tentang research...aku buat semua habis siap...siap ulang alik jumpa research ubah ni...ubah nu...pastu aku p buat hard c0ver nak Taman Chempaka...siap dalam 4 hari...isnin hantar...kamis ambik...

nak di jadikan cerita...kawan aku p ambik buku yang dah di buat hard c0ver...pastuh..depa masuk ja bilek...bising habis...sumpah seranah habeh...aku tanya lah pasai pa...depa bagitau yang buku tuh xelok...depa buat xelok...janji nak buat yang terbek konon....!! aku ambik buku aku...nasib lah aku nya elok juga...kiranya yang terbaik antara depa lah...yang buku kawa2 aku...ada yang senget tulisan...ada yang dah staple..tapi xlekat...ada yang tmpal xel0k...nasib akunya baik..hehehe...s0, xpayah lah hantaq balik kat kedai...

sekarang aku boleh relax2...xpayah pikior pasal research...cuma pikior pasai nak exam ja 8hb nih...lepas nih boleh hantaq kat penyelia aku...huhhuh... YAYYYEEEE!!!!!...aku seronok research dah selesai...!!!