Hahahaha

Wednesday, April 28, 2010

Korang nak tau x...? Kan semalam aku p cc dengan kawan aku...so bila aku masuk je cc, ada lah org yang jaga cc ni...pada pandangan aku pertama kali tgk dia...berambut panjang, badan macam 'wanita'...pastuh aku cakap lah..

"Kak, ada kosong x?"

Kebetulan dia pakai headphone...pastuh dia bukak headphone... dia beri insyarat mengatakan apa dia.. aku pon cakap lah...

Aku: "Ada kosong x...?" pastuh dia pon menjawab..
CC : "Ada..pilih ja yang mana..." (dengan nada yang keras)

Aku terkejut beruk gila...laki rupanya minah ni...rambut panjang ikal mayang (rebonding)... 'badan macam wanita' (sebab dia berbadan besar, hehehehe)..nyaris2 aku ingat pompuan...kawan aku pon ingat ka pompuan..pas amik tempat duduk...aku cita kat kawan aku ..dia dok sebelah aku ja...ketawa besaq kami...hahahahahaha....ampa jangan jadik macam aku...nanti kena makan penumbuk kalau dia dengaq...dah la dia badan besaq...aku nih..kecik ja...huhuhuhuh....

Indahnya ISLAM...semua ada kelebihan masing2...

Tuesday, April 27, 2010

artikel ni berkaitan dengan kelebihan lelaki dan perempuan...betapa indahnya Islam

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau &nb sp;buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi t-jwp lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu IZIN suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak pada lelaki.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan k epada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu. DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Kongsi Perasaan Anda - Pupuk Minda yang Sihat

Perasaan seseorang boleh berubah ubah. ada kalnya gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangai masalah tersebut...

KENAPA seseorang itu memendam PERASAAN?

@ malu
@ takut menjadi bebanan kepada orang lain
@ terlalu peribadi untuk dibincang
@ berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
@ bimbang akan reaksi orang lain
@ berpendapat tiada siapa yang mahu mendengar dan memahami
@ takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
@ berfikir ianya perkara kecil

Bagaimana mengendalikan PERASAAN anda...

~ ketahui perasaan anda
~ luahkan perasaan anda
~ dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
~ kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, doktor, kaunselor dan anggota kesihatan

KEBAIKAN yang di perolehi apabila anda berkongsi PERASAAN...

# anda akan merasa lega
# mengurangkan stress anda
# anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
# anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan
# masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda..

Taatlah kepada Suami...

Mungkin ada yang pernah terjumpa perkataan ini, seorang isteri kalau tidak pada Allah disembah maka suaminyalah orang yang patut dia sembah,sehingga pada Zaman Rasul Allah dulu ada sepasang suami isteri tinggal dengan keluarga sebelah perampuan ditingkat atas sebuah rumah manakala ibu bapanya pula duduk di tingkat bawah, suatu ketika suaminya keluar berniaga keluar kawasan, suaminya menyediakan segala kelengkapan dan makanan buat isterinya ditingkat atas, suaminya berpesan jangan kemana-mana sepanjang saya tiada dirumah, maka keluarlah suami tersebut berniaga, setelah seketika bapa isterinya ditingkat bawah jatuh sakit, isteri tersebut hendak melihat bapanya tetapi teringat pesan suaminya agar tidak kemana-mana, semakin hari semakin berat sakit bapanya, mengingatkan pesan suaminya maka perempuan itu hanya dapat melihat dari atas sahaja orang datang melawat bapanya, sehinggalah suatu hari bapanya amat tenat dan meninggal dunia, maka dikhabarkan kepada Rasul Allah akan berita itu, maka isteri tersebut meminta seseorang bertanyakan Rasul Allah berkaitan bolehkah dia melanggar arahan suaminya untuk melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir...maka Rasul Allah berkata "ikutlah arahan suamimu"....pasti Rasul Allah lebih mengatahui akan kata-katanya, maka bapa wanita tersebut pun dikebumikan, bapa wanita tersebut ditempatkan di dalam Syurga.....tahu tak kenapa??? dia ditempat di dalam Syurga Allah kerana anak perempuannya taat kepada suaminya, kerana berkat didikan agar taat kepada suamilah maka bapa wanita tersebut mendapat ganjaran Syurga...

Taatlah kepada suami selagi arahan itu tidak berlawan dengan syariat ISLAM...

penat giler....

ampa nak tau x sebab apa penat...sebab kena tolak moto...tapi aku xtolak pon...kawan aku yang tolak...hehehe...mana tak nya...nak mai CC tadik nek moto..pastuh...naik moto kawan aku...maleh nak nek keta...maleh nak bawa...nak rasa nek moto plakk...hehehhe...
sementara nak mai sini (dalam kawasan hospital lagik..) moto tuh 4x berhenti...fuh...seksa gila... tuh bau dalam kawasan hospital...xsampai CClagik...kalau sampai CC aku rasa mau dalam 50-60x pa...hahahha...alih2...tukaq nek keta ja lah... lebih baik nek keta dari nak kena tolak moto lagik...huhhuuh...ampa nak kena tolak moto jugak ka? hahahaha....

huhu..

wahh...susah nya nak cari nama untuk blog nih...semua yang aku berkenan semua dah ada org guna...aku dah pernah buat sebelum nih..tapi dah lama xguna...so, xingat ID maa...huhuh...alih2 aku guna nama ni ja lah...lagi senang....betul x?